Viral

Dah Sampai Tanah Suci Mengamuk Tuntut Hutang Berjuta, Netizen Minta Aliff Syukri Fokus Ibadah

Umum mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri berangkat menunaikan haji bersama ibu dan anak sulungnya, baru-baru ini.

Bagaimanapun pada awal pagi tadi, Aliff telah memuat naik hantaran di Instagram berkaitan hutang.

Aliff Syukri sebelum berangkat ke Tanah Suci baru-baru ini.

Menerusi ruangan kapsyen Aliff dilihat berang dengan seorang pengusaha tudung popular yang masih belum menyelesaikan hutangnya sehingga kini.

Menurut Aliff dia mendedahkan perkara tersebut di media sosial kerana tidak mendapat kerjasama daripada penghutang.

Aliff turut memberitahu, dia juga telah merujuk perkara tersebut kepada peguam lantaran sikap acuh tak acuh pengusaha tudung popular itu.

Dia juga mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk video termasuk dokumen perjanjian untuk membuktikan kata-katanya.

Lebih mengecewakan kata Aliff, sudahlah meminjam jutaan ringgit tetapi berlagak pula sebagai mangsa, malah sanggup memburukkan dirinya kepada rakan-rakan lain.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Aliff menasihatkan supaya dia fokus kepada ibadah haji.

Ada juga yang menyuruh Aliff supaya mendoakan agar hati peminjam terbuka untuk melangsaikan hutang-hutangnya.

Apa-apa pun kita doakan semoga dipermudah segala urusan Aliff di sana ya.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *