Umum

“Lebih Putih & Manis,” Ini Rupanya Beza Gula Kasar & Gula Super

Ini Rupanya Beza Gula Kasar & Gula Super

Gula merupakan salah satu keperluan yang ‘wajib ada’ di dapur. Kepentingan gula sememangnya tidak boleh dinafikan kerana hampir semua hidangan dan makanan serta minuman mengandungi gula.

https://a3612b4dd2a8351f8069cbbe3f1ee74c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html Umumnya, gula mempunyai pelbagai jenis seperti gula kasar, gula halus dan gula perang. Ia sering menjadi ‘penambah rasa’, yang sememangnya digemari ramai.

Jika kita membeli-belah di pasar raya besar ataupun kedai runcit, terdapat satu seksyen khas yang disediakan untuk barangan dapur ini. Pada bahagian tersebut, pelbagai gula disusun mengikut jenis yang dijual.

Disebabkan perkataan ‘gula’ pastinya ramai yang menganggap gula mempunyai tahap kemanisan yang sama meskipun berlainan pek, namun sebenarnya tidak.

Tahukah anda sebenarnya, gula juga mempunyai tahap kemanisan yang berbeza terutamanya gula kasar dan gula super walaupun warna dan peknya yang hampir sama.

Perkara itu dijelaskan menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh MSM Gula Prai di akaun Facebook.

Maklum syarikat pengeluar gula itu, kedua-dua produk yang dikeluarkan itu mempunyai pelbagai perbezaan termasuk kejernihan gula.

“Gula kasar dan gula super merupakan produk keluaran Gula Prai yang mempunyai kemanisan yang berbeza,” tulis kenyataan tersebut.

Perbezaan Gula Kasar & Gula Super

Secara umumnya, gula kasar merupakan barangan kawalan kerajaan yang terdapat di seluruh Malaysia. Manakala gula super pula diproses secara lebih sistematik termasuk lebih jernih, lebih putih dan lebih manis.

Dari segi harga, setiap gula kasar berrharga RM2.85 dan harganya adalah tetap kerana di bawah harga kawalan runcit. Gula super pula jauh lebih mahal dengan nilai RM4.60 dan harganya ditentukan mengikut pasaran.

Gambar: MSM Gula Prai

Bagi gula kasar, ia dijual dengan tiga variasi pek berat iaitu 500 gram (g), 1 kilogram (kg) dan 2kg. Gula super pula hanya dijual dalam pek 1kg sahaja.

Bercakap tentang gula, tak lengkap kalau tidak bercerita tentang tahap kejernihannya, gula kasar hanya mempunyai Max.150 /I.U sahaja berbanding gula super MAX. 40 /I.U.

Walaupun mempunyai tahap kejernihan yang berbeza, namun kedua-dua gula ini diperbuat daripada 100 peratus bahan semula jadi.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *