Viral

Graduan UniSZA Hiba, Dapat Berita Kematian Bapa 15 Minit Sebelum Terima Skrol

Gambar: Fb UniSZA

KUALA NERUS — Siapa menyangka kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol dalam majlis konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertukar hiba apabila menerima khabar kematian bapanya.

Difahamkan, Haslina Kalang, 23 menerima panggilan daripada jirannya di Tawau, Sabah yang memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini.

Haslina merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian).

Sewaktu ditemui, anak kedua dari lima beradik itu berkata dia risau terhadap keadaan bapanya yang mempunyai sakit strok dan membuatkannya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini.

Gambar: Fb UniSZA

“Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah.

“Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol,” katanya.

Tambahnya, selepas tamat pengajian, masa yang terluang di rumah diisi dengan berbakti menjaga ayahnya sepenuh masa ketika masih belum memperolehi pekerjaan.

“Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini,” ujarnya lagi.

Dalam majlis konvokesyen hari ini, Haslina tiba di Terengganu sejak dua hari lepas bersama kakak sulungnya yang turut hadir ke majlis itu dari Johor.

Gambar: Fb UniSZA

Dalam pada itu, prihatin akan nasib yang menimpa graduannya, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai bernilai RM 2,500 kepada Haslina. Sumbangan tersebut bagi membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini.

Pada awalnya, Haslina sepatutnya pulang ke kampung halaman pada esok sebaik sahaja majlis konvokesyennya selesai hari ini.

“Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA,” maklum UniSZA dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *