Viral

Foto AI selebriti wanita bog*l tular, artis bertudung pun jadi mangsa

Ada pihak tergamak menyunting foto beberapa selebriti wanita kepada gambar yang mengaibkan guna teknologi Artificial Intelligence (AI). Melampau betul!

Menurut laporan mStar, antara selebriti wanita yang menjadi mangsa adalah Mira Filzah, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Hanna Delisha dan Puteri Aisyah.

Meninjau ke satu platform media sosial ini, foto-foto selebriti wanita bertudung dan tidak bertudung ini disunting secara melampau dan mengaibkan iaitu dalam keadaan berbogel.

Meskipun jelas ia disunting, namun tular sejak semalam di aplikasi TikTok yang memperlihatkan pelakon Anna Jobling berada dalam keadaan tidak senonoh.

Netizen kemudian meninggalkan komen di video-video berkenaan dan meminta agar artis wanita yang menjadi mangsa untuk segera mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menjadi dalang kepada penyebaran foto suntingan ini.

Kredit: mStar

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *