Viral

Berat Susut Kira-kira 40kg Dalam Enam Bulan, Penampilan Terkini Siti Bainun Curi Tumpuan

Kredit: Sinar Harian

Penampilan terkini Siti Bainun di Mahkamah Tinggi hari ini telah menarik perhatian ramai apabila wanita tersebut kelihatan semakin kurus.

Menurut laporan Sinar Harian, berat badan wanita berusia 31 tahun itu difahamkan mencecah 130kilogram(kg) ketika dihantar ke penjara pada 3 Mei lepas.

Namun kini, berat badannya dilapor merosot kepada 90kg sahaja.

Justeru, sejak menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down, ini bermakna Siti Bainun mengalami penurunan berat badan sebanyak kira-kira 40kilogram dalam masa enam bulan.

Ketika memasuki perkarangan mahkamah, Siti Bainun telah mengenakan pakaian berupa baju jubah merah jambu.

Dia yang turut memakai pelitup muka berwarna hitam, dibawa ke mahkamah dengan diiringi beberapa anggota pegawai penjara.

Siti Bainun menjalani hukuman penjara secara serta merta, tanpa menunggu keputusan rayuan

Sebelum ini, Siti Bainun telah menjalani hukuman 12 tahun di Penjara Kajang selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down.

Pada 3 Mei lalu, Mahkamah Sesyen telah memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella (13) di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Selain itu, Mahkamah turut memerintahkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Dia juga diarahkan untuk menyempurnakan khidmat masyarakat selama 200 jam dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Pada 23 Mei, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk menangguhkan hukuman penjara. Hal ini kerana, tiada keadaan khas yang mewajarkan pengasas Rumah Bonda itu untuk dilepaskan sementara menunggu keputusan rayuan.

Dengan ini, wanita terbabit masih tetap kekal dipenjarakan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *