Viral

Bandar Di Alaska Bergelap Akibat Fenomena “Polar Night”, Matahari Dijangka Terbit Semula Pada Januari 2024

Penduduk di bandar Utqiaġvik, Alaska, mula bergelap dan dijangka akan kembali melihat Matahari pada 23 Januari 2024 selepas ia dilaporkan terbenam untuk kali terakhir pada Sabtu lalu bagi tahun ini.

Menurut Fox Weather, fenomena yang berlaku tersebut dikenali sebagai ‘Malam Kutub’ atau Polar Night yang berlaku di Bulatan Artik.

Gambar: Fox Weather

Walau bagaimanapun, bandar ini tidak akan bergelap sepanjang hari berikutan diganti dengan waktu senja ketika siang hari.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memaklumkan, waktu senja tempatan bermula apabila matahari berada dalam lingkungan 6 darjah di bawah ufuk.

Bagaimana Orang Alaska Hidup Sepanjang Tempoh Bergelap Ini?

Menurut penduduk tempatan, ‘bergelap’ sepanjang musim sejuk sememangnya memberi kesan buruk kepada penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan.

Oleh itu, mereka cenderung mengambil vitamin D dan menghidupkan lampu sebagai alternatif sehingga siang hari kembali.

Matahari dijangka terbit semula di bandar itu sekitar jam 1.09 tengah hari waktu tempatan pada 23 Januari 2024 selama kira-kira sejam.

Untuk makluman, kawasan itu yang dahulunya dikenali sebagai Barrow telah ditukar nama kepada Utqiaġvik, iaitu nama asli Alaska tradisional kurang sedekad yang lalu.

Bandar Utqiaġvik terletak kira-kira 804 kilometer (500 batu) dari barat laut Fairbanks, salah sebuah bandar yang tidak mengalami fenomena itu sepenuhnya.

Tahap minimum cahaya matahari di Fairbanks adalah kira-kira 3 jam dan 41 minit dan berlaku sewaktu musim sejuk Soltis.

Sebab Bandar Utqiaġvik ”Bergelap”

Sebelum ini, SK pernah melaporkan perkara berkenaan pada November 2020. Malam Kutub atau Polar night ini akan menyebabkan bandar tersebut berada dalam kegelapan sewaktu musim sejuk.

Gambar: WeatherNation

Gambar: NOAA/NESDIS/STAR

Gambar di atas menunjukkan satelit yang dilihat pada 18 November 2020 di seluruh wilayah Lautan Pasifik. Bentuk Alaska akan kelihatan sekiranya ia dilihat dengan lebih dekat pada bahagian utara. Ia juga kelihatan 90 peratus lebih gelap berbanding yang lain.

Hal ini kerana di kawasan berkenaan tidak mendapat cahaya matahari disebabkan kedudukan Hemisfera di sebelah utara condong dari matahari.

Oleh itu, penduduk tempatan akan mengalami cahaya siang berpanjangan pada musim Soltis iaitu matahari tidak akan terbenam sehingga berminggu-minggu.

Sumber: Fox Weather

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *