K-POP

Tiada Tandingan, Kecantikan Jisoo BLACKPINK Dipuji Keluarga Diraja Britain

Ji-soo BLACKPINK sekali lagi membuktikan kecantikannya

Baru-baru ini, Ji-soo BLACKPINK telah memuat naik beberapa gambar di akaun Instagram miliknya ketika menjadi jemputan di istana Buckingham dengan kapsyen,

Saya sangat bersyukur kerana dijemput menghadiri jamuan di istana Buckingham dan menerima anugerah MBE dari empayar Britain.

Di dalam gambar tersebut, Ji-soo telah membuat beberapa jenis gaya sambil memandang kamera. Penampilan ahli BLACKPINK itu yang menunjukkan gaya elegannya telah menarik perhatian ramai.

Malah, gambar itu juga telah menarik perhatian beberapa orang keluarga diraja Britain iaitu Lady Amelia Spencer dan Lady Eliza Spencer, yang juga merupakan anak saudara kepada Puteri Diana.

Di mana, Lady Amelia Spencer telah menyukai gambar tersebut manakala, Lady Eliza Spencer meninggalkan komen yang berbunyi,

Awak sangat cantik.

Terlebih dahulu, kesemua ahli BLACKPINK telah menghadiri jamuan diraja yang diadakan di istana Buckingham.

Dalam masa yang sama, mereka juga telah menerima anugerah MBE disebabkan oleh penglibatan mereka sebagai duta perhubungan awam bagi Persidangan Pihak ke-26 Konvesyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan iklim (COP26).

Kecantikan Ji-soo memang tiada tandingnya kan!

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *