ViralVideo

Macam Majlis Konvo, Cara Klinik Kesihatan Ini Buat Pengumuman Buat Ramai Terhibur

Bahang majlis istiadat konvokesyen di Institut Pengajian Tinggi (IPT) masih lagi dirasai walaupun banyak universiti sudah melabuhkan tirai majlis masing-masing.

Di media sosial, perkongsian graduan-graduan yang baru menamatkan pengajian masing-masing masih lagi menjadi bualan warga maya. Ada yang meraikan kejayaan tersebut bersama keluarga tersayang dan ada juga meluangkan masa buat kali terakhir bersama rakan seperjuangan.

Sepanjang majlis berlangsung, pengumuman yang dilakukan oleh pengacara majlis sewaktu menyebut nama graduan untuk naik ke pentas antara detik yang pasti dikenang semua graduan.

Mana tidaknya, pengumuman yang penuh tertib dan diiringi dengan iringan muzik gamelan itu pasti memberikan ‘mood’ yang menarik buat para graduan.

Terbaru, sebuah video yang memaparkan pengumuman di sebuah klinik kesihatan yang saling tidak tumpah dengan pengumuman majlis konvokesyen berjaya meraih perhatian.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @iqbal.nabil11 itu telah menunjukkan keadaan di sebuah klinik kesihatan.”Klinik kesihatan ja pun, announce macam konvo,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.

@iqbal.nabil11

Klinik kesihatan ja pun.. announce mcm konvo ? #kktunjang

♬ original sound – Iqbal Nabil – Iqbal Nabil

Dalam video tersebut, pengumuman nama pesakit yang menerima rawatan telah dipanggil dengan nada yang serupa dengan pengumuman sebuah majlis konvokesyen.

Pengumuman itu dibuat lengkap dengan nombor bilik dan nama doktor yang bakal merawat pesakit yang mahu mendapatkan rawatan.

Pengumuman dipercayai berlaku di Klinik Kesihatan Tunjang

Difahamkan, video tersebut telah dirakam di sebuah Klinik Kesihatan Tunjang, Kubang Pasu.

Perkongsian menarik itu dengan pantas telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian video tersebut.

“Ada muzik gamelan memang macam konvo,” tulis seorang netizen.

“Hilang stress tunggu lama. Kadang-kadang benda macam ni pun boleh buat kita tenang dan layan,” tulis seorang netizen yang terhibur dengan video tersebut.

“Jangan sampai pesakit-pesakit semua pakai jubah konvo,” tulis seorang lagi netizen bergurau.

Sumber: TikTok/@iqbal.nabil11

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *