K-POP

“Berapa Mereka Dibayar?” – Luah Rasa Kecewa, Peminat Gesa Idola K-Pop Henti Promosi Jenama Diboikot

Tular di media sosial selepas beberapa idola K-Pop secara ‘tiba-tiba’ telah membuat hantaran yang memaparkan logo jenama yang sedang diboikot ramai.

Terdapat kontroversi yang kini hangat diperkatakan di media sosial, di mana peminat K-Pop telah meluahkan kekecewaan mereka selepas beberapa idola didapati terlibat dalam mempromosi jenama air minuman terkenal, Starbucks.

Perkara ini berpunca daripada isu Starbucks yang secara terang-terangan telah memberikan sokongan kepada serangan Israel terhadap Palestin.

Salah satu perbualan hangat di kalangan peminat ialah tindakan penyanyi solo Jeon So-mi yang memuat naik video di TikTok, memperlihatkan dirinya berpura-pura minum dari cawan yang memaparkan logo Starbucks.

Perkara serupa juga telah dilakukan oleh selebriti lain seperti Ga-eul IVE, Ji-soo dan Jennie BLACKPINK, Hyun-jae THE BOYZ, dan beberapa lagi yang didapati telah memuat naik gambar yang memaparkan logo jenama tersebut di media sosial milik mereka.

Peminat K-Pop secara aktif melibatkan diri dalam menyuarakan pendirian mereka dengan menghantar ribuan hantaran kepada idola-idola mereka, menekankan kepentingan untuk ‘memboikot’ jenama tersebut. Mereka juga menggesa agensi-agensi untuk menarik diri daripada sebarang kerjasama dengan Starbucks.

Kontroversi ini juga telah menunjukkan pengaruh peminat dalam memberikan pendapat dan menegur tindakan idola K-Pop, sambil menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu global yang sedang terjadi.

Kita sebagai peminat mesti la kena tegur perbuatan idola kita agar mereka sedar tentang isu yang sedang terjadi kan?

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *