
Terbaru, Viu Malaysia telah mengumumkan penampilan Cha Eun-woo di Kuala Lumpur pada 24 Februari ini, untuk acara ‘Cha Eunwoo 2024 Just One 10 Minute [Mystery Elevator]’.
Untuk pengetahuan, acara yang ditaja oleh Cornetto itu bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, bermula jam 8 malam.

Sementara itu, info lanjut mengenai penjualan tiket dan sebagainya masih belum didedahkan lagi setakat ini.
Nantikan maklumat lanjut di laman Viu Malaysia!