
Pada 26 April, agensi LE SSERAFIM iaitu Source Music telah mengeluarkan kenyataan rasmi di aplikasi Weverse, mengumumkan niat mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang berniat jahat terhadap kumpulan tersebut.
Mereka mengutarakan kebimbangan terhadap penyebaran maklumat palsu dan komen negatif yang ditujukan kepada LE SSERAFIM di media sosial. Source Music juga meminta kerjasama peminat untuk melaporkan sebarang hantaran yang berniat jahat terhadap kumpulan itu ke talian rasmi mereka.
Sejak pertengahan April, LE SSERAFIM telah terlibat dalam kontroversi selepas persembahan mereka di Coachella dan isu-isu yang melibatkan Min Hee-jin dan HYBE Entertainment. Oleh itu, agensi kumpulan tersebut telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan tegas demi melindungi LE SSERAFIM.
Ini merupakan situasi yang menyedihkan bagi LE SSERAFIM.
