Global

Kanak-kanak Gaza Mengalami Penderitaan Luar Biasa

Kanak-kanak adalah golongan yang paling menderita dalam konflik dan peperangan. Gambar: Reuters

Kanak-kanak Palestin telah mengalami perkara yang tidak sepatutnya dilihat atau dialami oleh mana-mana kanak-kanak di dunia, kata Philippe Lazzarini, Ketua Pesuruhjaya Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Lazzarini menekankan dalam satu hantaran di akaun X miliknya pada Khamis bahawa kanak-kanak adalah yang pertama dan paling menderita dalam konflik dan peperangan, serta perang di Gaza tidak terkecuali, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

“Terlalu ramai yang terbunuh, terlalu ramai yang cedera dan terlalu ramai yang akan mengalami parut seumur hidup,” katanya.

“Mereka yang terselamat berada dalam trauma yang serius. Sekolah-sekolah mereka telah dimusnahkan dan mereka kehilangan setahun persekolahan, tanpa pendidikan atau bermain. Perang merampas zaman kanak-kanak kanak-kanak Gaza,” katanya lagi.

Beliau juga menyeru gencatan senjata segera di wilayah yang dikepung itu, memberi amaran bahawa tanpa gencatan senjata, kanak-kanak Gaza akan menjadi generasi yang hilang, mudah menjadi mangsa eksploitasi.

Lebih daripada 15,000 kanak-kanak Palestin terbunuh di Gaza sejak permulaan serangan genosid oleh rejim Israel pada 7 Oktober 2023.

Sumber: BERNAMA

Related posts
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more
Global

Rundingan Fasa Kedua Gencatan Senjata Gaza Dimulakan, Kata Hamas

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan…
Read more
Global

Elon Musk, Netanyahu Bertemu di Washington: Agenda Tersembunyi?

Netanyahu (kanan) dan anaknya, Yair (kiri) bergambar kenangan dengan Musk semasa mengadakan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *