Hiburan

Kontroversi Sirah Nabi: JAKIM Panggil Ustaz Don Daniyal Untuk Memberi Teguran

JAKIM telah memanggil Ustaz Don untuk memberikan teguran. Gambar: Sinar Harian

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memanggil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid untuk memberi teguran dan nasihat berkenaan kontroversi mengenai sumber rujukan sirah nabi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menyatakan bahawa pertemuan tersebut diadakan bersama Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan salah seorang ahli MAIWP, Ahmad Fauwaz Ali.

“Kita sahkan perbincangan telah dibuat dan Ustaz Don telah diberikan nasihat serta teguran.

“Pertemuan ini penting selari dengan tugas JAKIM yang memainkan peranan sebagai institusi agama,” katanya ketika ditemui pada program ziarah asnaf di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini penceramah selebriti tersebut setelah perkhidmatannya digantung oleh beberapa stesen TV dan radio.

Selain itu, pada 21 Jun lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan kepada semua agensi, masjid dan surau untuk menangguhkan serta tidak mengundang Don Daniyal untuk sebarang acara.

Sebelum itu, Ustaz Don telah diberhentikan daripada mengendalikan program Salam Baitullah 2024 terbitan RTM.

Netizen sebelum ini mempertikaikan kesahihan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan Ustaz Don ketika bersiaran di konti stesen radio.

Mohd Na’im berkata, dalam isu berkenaan Ustaz Don beliau menasihatkan agamawan menggunakan sumber sahih ketika menyampaikan ilmu bagi mengelak kekeliruan kepada umum.

“Seperti saya cakap sebelum ini, kadang-kala bila kita buat silap dalam sesuatu perkara, tidak salah untuk mohon maaf dan terima teguran.

“Cuma saya tekankan, sebelum kita nak memetik sebarang ayat al-Quran atau hadis, kena pastikan kesahihan rujukan dan sumber petikan tersebut,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *