Viral

Pernikahan Megah Anant Ambani & Radhika Merchant Dianggap ‘Wedding of the Year’

Pasangan Merpati Sejoli.

Anak lelaki jutawan India, Mukesh Ambani telah mengadakan perkahwinan di Mumbai, India pada Jumaat dalam sebuah majlis yang megah dan dianggap sebagai ‘wedding of the year’.

Anant Ambani yang berusia 29 tahun telah mengahwini dengan teman wanitanya Radhika Merchant yang juga berusia 29 tahun, anak kepada taikun farmasi Viren dan Shaila Merchant.

Majlis berlangsung di Jio World Convention Centre milik keluarga Anant, selepas berbulan-bulan majlis mewah diadakan bagi meraikan pasangan mempelai itu.

Perkahwinan mewah itu berlangsung selama empat hari, bermula dengan majlis tradisional Hindu pada Jumaat diikuti dengan resepsi besar-besaran yang berlanjutan sepanjang hujung minggu.

Ribuan tetamu hadir untuk meriahkan majlis tersebut, termasuk selebriti terkenal dunia seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Kim Kardashian, Nick Jonas, Priyanka Chopra, John Cena dan David Beckham.

Selain itu, tetamu lain yang turut hadir adalah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan Boris Johnson dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco Amin H. Nasser.

Majlis pra-perkahwinan Anant dan Radhika diadakan pada Mac lalu di barat Gujarat selama tiga hari dengan kehadiran 1,200 tetamu termasuk persembahan daripada bintang Hollywood terkenal, Rihanna.

Anant adalah anak bongsu dalam keluarga tiga beradik tersebut. Kos perkahwinan pasangan itu tidak diumumkan secara terperinci tetapi pengatur perkahwinan memperkirakan mereka menghabiskan antara 11 hingga 13 bilion rupee (sekitar RM615.15 juta hingga RM727 juta).

Menurut Forbes, Mukesh merupakan orang kesembilan terkaya di dunia dan memiliki kekayaan bersih bernilai AS$83.4 bilion.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *