Hiburan

Shuib Kritik Fenomena Buli Siber yang Meningkat

Shuib menyeru kepada mereka yang suka melakukan buli siber supaya tidak menormalisasi perbuatan tersebut.

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib telah menyelar kejadian buli siber yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

Menurut Shuib juga dikenali sebagai Shahmira Muhammad, jika sebelum ini terdapat kes-kes bunuh diri disebabkan tekanan daripada buli siber, kini fenomena ini sudah merebak di kalangan masyarakat kita.

“Biasanya kita dengar isu-isu babitkan bunuh diri kerana buli siber hanya berlaku di negara luar misalnya Amerika Syarikat.

“Kes terbaharu melibaktan seorang pempengaruh di Malaysia membuktikan buli siber bukan perkara kecil. Jangan jadikan buli siber normalisasi.

“Tolong hentikan buli siber ini kerana ia bukan budaya kita. Kita kena fikirkan apa impak kepada mangsa atau keluarga mereka yang menjadi mangsa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dol’s Podcast di Mutiara Damansara baru-baru ini.

Shuib berkata demikian susulan kes membabitkan seorang pempengaruh TikTok menamatkan riwayat sendiri 5 Julai lalu akibat tekanan perasaan selepas menjadi mangsa buli siber.

Katanya, kes tersebut agak memberikan kesan kepadanya kerana dia dan almarhum isterinya, Siti Sarah Raissuddin juga pernah mengalami masalah buli siber sebelum ini yang menyebabkan masalah keresahan yang teruk.

“Bila ada sesuatu cerita baru, saya sendiri tidak faham ada individu gemar sangat menaip, tinggalkan komen seperti masa untuk makan popcorn. Ini semua jenis suka mengapi-apikan situasi dan ajak orang lain semua berkampung di ruangan itu.

“Saya nak pesan, tak ada apa pun akhirnya pada mereka yang suka fitnah, buli di media sosial. Saya pernah melaluinya, bila taip macam tahu semua, tapi bila dah sampai tahap tindakan undang-undang, hanya mampu tunduk dan mengaku salah sahaja,” tegasnya.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *