
Baru-baru ini, di laman X telah tular satu ciapan mengenai seorang individu yang menjual sebuah pulau di Dungun, Terengganu dengan harga RM28 juta di platform tersebut.
Pulau ini bukan sahaja menawarkan ketenangan dan privasi tetapi juga mempunyai potensi besar untuk pelaburan.
Landskap pulau tersebut yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang indah, pasir putih dan air laut yang jernih, menjadikannya lokasi ideal untuk membina resort mewah, tempat percutian eksklusif atau sekadar tempat berehat yang jauh dari bandar.
Berbaloi untuk Melabur
Walaupun harga RM28 juta mungkin kelihatan tinggi, potensi yang boleh diperoleh daripada pelaburan ini sangat berbaloi.
Pulau ini terletak di Dungun, Terengganu yang merupakan lokasi strategik dan dekat dengan pulau-pulau terkenal seperti Redang, Perhentian dan Kapas.