
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada hari Isnin.
Menurut laporan, Peguam syarie Azmi Mohd Rais, yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu, telah mengesahkan perkara tersebut.
Namun, peguam tersebut menyatakan bahawa mahkamah belum menetapkan tarikh sebutan kes untuk permohonan cerai itu.
Syamsul yang nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, berkahwin dengan Ira selepas berpisah dengan Puteri Sarah, nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pada 14 Jun 2023.
Syamsul dan Puteri Sarah mempunyai dua orang anak, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Pada 6 Januari 2023, Syamsul mengakui bahawa dia telah menikahi Ira di Thailand.