Viral

Fatiya Latiff Akui Suntikan Kecantikan untuk Wajah Lebih Muda

Gambar Fatiya Latiff menunjukkan perubahan halus pada wajahnya selepas rawatan kecantikan, memperlihatkan pipi dan bibir yang lebih penuh.

Pelakon sensasi, Fatiya Latiff mendedahkan bahawa dia telah melakukan sedikit ‘perubahan’ pada wajahnya untuk kekal cantik dan awet muda.

Bagi memastikan wajahnya tidak dimamah usia, aktres yang popular melalui drama bersiri Ariana Rose itu mengakui telah menyuntik ‘filler’ dan botoks pada beberapa bahagian muka.

“Dulu muka saya cengkung, rasa tak cantik, sebab tu saya suntik agar lebih cantik. Saya tak faham kenapa ramai cakap wajah dahulu cantik, padahal saya rasa cengkung dan tak cantik. Lagipun umur saya meningkat, saya mahu kekal nampak muda dan berseri.”

Fatiya menjelaskan bahawa rawatan ‘filler’ kecantikan adalah sesuatu yang biasa dilakukan oleh orang ramai pada masa kini.

“Saya rasa kita kena ikut peredaran zaman. Dulu mungkin orang malu nak mengaku. Tapi sekarang ramai yang buat. Perkara ini dah menjadi normal. Kalau rawatan suntikan boleh mencantikkan lagi wajah kita, kenapa tidak? Bagi saya tiada masalah. Yang penting lepas kita buat, kita rasa lebih yakin dan gembira untuk keluar rumah. Tak perlu nak bersolek sangat.”

Fatiya menambah bahawa dia telah menjalani suntikan kecantikan di bahagian pipi, bibir dan hidungnya menggunakan kaedah ‘salmon skin treatment’.

“Rawatan-rawatan yang saya lakukan kebanyakannya ditaja. Ada juga yang tawarkan untuk menaja saya buat pembedahan bariatrik. Tetapi saya masih fikir lagi. Sebelum ini saya ambil ubat Ozempic untuk kurus.”

Saya sedar tubuh saya sedikit berisi. Saya perlu menurunkan berat badan agar lebih mudah mendapat tawaran berlakon seperti ketika saya kurus dulu.

Dalam perkembangan terkini, Fatiya akan tampil dalam drama terbaru berjudul Cinderella Jadian dan Jangan Tinggal Abang Dik arahan Erma Fatima.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *