
Penyanyi terkenal antarabangsa, Justin Bieber dan isterinya, Hailey telah mengumumkan kelahiran anak pertama mereka melalui akaun Instagram mereka.
Justin dan Hailey dikurniakan seorang anak lelaki yang dinamakan Jack Blues Bieber.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berkenaan kelahiran berkenaan.
Pada 9 Mei lalu, Justin dan Hailey mengumumkan berita kehamilan mereka di Instagram melalui video yang diinspirasikan oleh filem dan pembaharuan ikrar perkahwinan mereka.
Penghibur yang juga pemenang anugerah Grammy dan pengasas Rhode ini memang sangat teruja untuk memulakan keluarga sejak mereka bertunang pada 2018.