Viral

Kehilangan Anak Sulung: Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hadapi Dugaan Besar

Bayi sulung Marissa Dania dan Ahmad Aslam dilaporkan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Suami Marissa Dania Hakim, Ahmad Aslam telah memberi respons terhadap berita kematian anak sulung mereka. Melalui muat naik di Instagram (IG), Aslam mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan perkara itu kepada umum.

“Untuk makluman semua, pada hari kejadian saya sudah pun memaklumkan kepada bapa mentua saya atas apa yang berlaku dan kami menyelesaikan dengan sebaiknya semua urusan,” tulisnya.

Jelas Aslam lagi, isteri pertamanya iaitu Umisya Mazlan turut mengetahui mengenai kehamilan Marissa yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Buat pengetahuan semua, Umisya juga sudah tahu tentang berita kehamilan Marissa dari awal,” jelas Aslam lagi.

Dalam pada itu, Aslam juga meminta agar warganet tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita duka tersebut.

“Saya mohon semua mendoakan yang baik-baik buat kami dan tidak membuat sebarang spekulasi mahupun mengeluarkan hukum dengan sewenangnya,” harapnya.

Aslam turut berterima kasih kepada semua yang telibat terutamanya keluarga dalam menguruskan pengebumian jenzah bayi sulungnya bersama Marissa itu.

“Terima kasih pada ibu bapa, bapa mentua, Umisya dan qariah surau yang terlibat dalam urusan mandi, solat dan pengebumian anak syurga saya pada hari tersebut.

“Yang buruk tetaplah hadir dari diri saya sendiri, yang baik dari Allah SWT, Allah tetap sebaik-baik perancang.

“Saya terima semua sebagai ujian dan hikmah buat saya,” tutupnya.

Berita mengenai kehilangan anak sulung Aslam dan Marissa menjadi heboh selepas dikatakan bayi mereka lahir pramatang. Pada bulan Julai lalu, Marissa menarik perhatian apabila dikatakan sedang hamil setelah perutnya kelihatan di sebuah majlis.

Sebelum ini, Marissa juga menjadi tumpuan apabila tersebar berita mengenai pernikahannya dengan Ahmad Aslam yang berstatus suami orang secara senyap pada bulan Disember tahun lalu.

Lebih mengejutkan, perkahwinan Marissa dan Aslam dikatakan berlaku ketika isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan berada di Tanah Suci Mekah.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *