Viral

Abby Abadi Tidak Tahu Marissa Dania Bersalin Bayi Pra-Matang

Abby Abadi tidak mendapat sebarang berita sahih mengenai kelahiran bayi pra-matang anaknya, Marissa Dania.

Pelakon Abby Abadi mengakui bahawa dia tidak mengetahui anak perempuannya, Marissa Dania telah melahirkan bayi pra matang ketika usia kandungannya enam bulan.

Menurut aktres berusia 47 tahun itu, dia belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai berita tersebut dari Marissa sendiri.

“Tak tahu (berita Marissa keguguran). Serba tak tahu buat masa sekarang. Saya tak tahu nak nasihat apa.”

Sementara itu, komen daripada bapa Marissa, aktor Norman Hakim masih belum diperoleh kerana usaha menghubunginya tidak berhasil.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa bayi sulung Marissa dan suaminya, Aslam meninggal dunia semasa dilahirkan. Marissa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut usai menghadiri sebuah acara bersama Aslam.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *