Viral

Permainan Video “Black Myth: Wukong” Raih Sambutan Hangat, Capai Tiga Juta Pemain Serentak

“Black Myth: Wukong” diilhamkan oleh watak Sun Wukong atau Raja Kera dari cerita dongeng klasik China, Hikayat Jelajah ke Barat.

Permainan video “Black Myth: Wukong” telah menerima sambutan hangat dari pemain di seluruh dunia sejak dilancarkan pada 20 Ogos lalu. Data menunjukkan permainan ini mempunyai sehingga tiga juta pemain secara serentak dan jumlah jualannya melepasi 10 juta unit setakat pukul 9 malam 23 Ogos.

“Black Myth: Wukong” diilhamkan oleh watak Sun Wukong atau Raja Kera dalam cerita dongeng klasik China “Hikayat Jelajah ke Barat”.

Selain menawarkan pengalaman yang sangat menarik, permainan ini juga memberikan pendekatan baru kepada pemain di seluruh dunia untuk lebih memahami budaya China. Tokoh-tokoh dalam industri permainan video menggambarkan “Black Myth: Wukong” sebagai contoh perkembangan pesat dalam industri permainan China.

Permainan ini yang menerima sambutan hangat juga memaparkan daya tarikan budaya negara Tembok Besar. “Black Myth: Wukong” dikategorikan sebagai permainan triple-A iaitu permainan dengan kos tinggi, volum besar dan kualiti tinggi dalam format pemain perseorangan.

Sebelum ini, pasaran permainan seumpama ini didominasi oleh syarikat dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *