Viral

Aisyah Hijanah Azhari Tuntut Cerai Terhadap Alif Teega

Aisyah Hijanah bersama Alif Teega.

“Doakan saya, ujian saya sangat berat,” kata pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah Azhari mengenai tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.

Menurut laporan portal tempatan, Aisyah menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan dirinya sendiri.

“Saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.

“Saya tak nak kongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan ramai orang,” katanya pada Ahad.

Pempengaruh berumur 26 tahun itu berkata, ujian yang dilalui ketika ini amat berat untuk ditempuhi.

“Saya harap orang ramai mendoakan agar urusan rumah tangga saya dipermudahkan.

“Sejak bulan lepas sebenarnya saya failkan penceraian, doakan saya sebab ujian saya sangat berat,” jelas ibu kepada tiga orang anak ini.

Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017. Mereka dikurniakan tiga anak: Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah.

Rumah tangga mereka mula menjadi tumpuan apabila Alif berkahwin kali kedua dengan Fatin Umaidah di Thailand.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *