Viral

“Baik Punya Ah-Long” Dominasi Carta Top 10 di GSC

Kedudukan nombor satu dalam carta menunjukkan bahawa filem arahan Datuk Afdlin Shauki ini mendapat sambutan hangat walaupun bersaing dengan beberapa filem antarabangsa.

Filem Baik Punya Ah-Long kini mendominasi carta top 10 filem di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) selepas hanya sehari ditayangkan di seluruh negara.

Kedudukan ini menunjukkan filem arahan Datuk Afdlin Shauki sangat digemari walaupun bersaing dengan filem-filem antarabangsa seperti The Greatest of All Time, Transformers One, Hellboy dan lain-lain.

Baik Punya Ah-Long menampilkan raja duo komedi Malaysia, JOZAN iaitu Zizan Razak dan Johan yang memegang watak ‘ah long’ dalam perniagaan pinjaman wang dengan konsep unik.

Dengan tagline ‘Semua Boleh Settle’, filem ini juga menampilkan 18 buah lagu yang dinyanyikan oleh barisan pelakon sendiri.

Filem ini mengisahkan dua adik beradik, Aloy dan Aley yang terpaksa memulakan perniagaan sendiri selepas didesak oleh bapa angkat mereka. Walaupun tanpa pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran untuk memulakan perniagaan pinjaman wang.

Perniagaan mereka bagaimanapun telah mencabar bisnes Lan Panda yang berusaha untuk menghapuskan Aloy dan Aley. Saksikan filem ini di pawagam seluruh negara mulai 12 September 2024.

Bagi yang ingin bertemu barisan pelakon, sertai sesi jelajah di Terengganu pada 13 September dan di Johor pada 14 September.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *