Viral

Tuduhan Pemerasan Terhadap Sean “Diddy” Combs: Mahkamah Tolak Ikat Jamin Kali Kedua

Sean “Diddy” Combs tidak diberikan ikat jamin buat kali kedua selepas ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks dan pemerasan.

Sean “Diddy” Combs telah dinafikan ikat jamin buat kali kedua pada Rabu selepas ditahan atas tuduhan pemerdagangan seks dan pemerasan. Pendakwa raya mendakwa Combs menggunakan kemasyhurannya untuk memaksa wanita melakukan perbuatan seksual sebagai sebahagian daripada skema pemerdagangan seks dan pemerasan.

Combs, 54, mengaku tidak bersalah di mahkamah persekutuan Manhattan beberapa jam selepas tuduhan setebal 14 muka surat itu dibacakan. Rapper dan penerbit itu didakwa menggunakan empayar perniagaannya, termasuk label rekod Bad Boy Entertainment untuk membawa wanita dan pekerja seks lelaki merentasi negeri bagi menyertai persembahan seksual yang dirakam dikenali sebagai “Freak Offs,” menurut pendakwa raya.

Combs menghadapi hukuman penjara sehingga seumur hidup, dan sekurang-kurangnya 15 tahun jika disabitkan dengan tiga pertuduhan jenayah iaitu konspirasi, pemerdagangan seks dan pengangkutan untuk terlibat dalam pelacuran. Pendakwa raya menyatakan Combs memikat wanita dengan memberi mereka dadah seperti ketamin dan ekstasi, bantuan kewangan atau janji sokongan kerjaya dan hubungan percintaan.

Combs juga didakwa menggunakan rakaman rahsia perbuatan seks sebagai “cagaran” untuk memastikan wanita itu tidak bersuara kadangkala menunjukkan senjata untuk menakut-nakutkan mangsa dan saksi. Tuduhan tersebut tidak menyatakan berapa ramai wanita yang menjadi mangsa dan tiada dakwaan bahawa Combs terlibat secara langsung dalam hubungan seksual yang tidak diingini.

Walau bagaimanapun, dia dituduh melakukan serangan dengan menumbuk, menendang, menyeret dan membaling objek kepada mangsa. Combs didakwa menggunakan rasuah dan keganasan, termasuk pembakaran dan penculikan untuk menyembunyikan kelakuannya.

Dikenali juga sebagai P. Diddy dan Puff Daddy, Combs merupakan pengasas syarikat rekod Bad Boy dan memainkan peranan penting dalam melahirkan bintang-bintang rap dan R&B seperti Mary J. Blige, Faith Evans, Notorious B.I.G. dan Usher pada tahun 1990-an dan 2000.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *