Hiburan

Kembali Bertaut: Shila Amzah dan Ibu Perbaiki Hubungan

Selain Fauziah, majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira pada Sabtu lalu turut dihadiri oleh Syada dan Syahir.

Bak kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus, mungkin menggambarkan semula hubungan penyanyi Shila Amzah dengan ibunya, Fauziah Sarman.

Setelah melalui kemelut kekeluargaan, nampaknya hubungan Shila dan ibunya kembali pulih apabila Fauziah yang mesra dipanggil Mama, hadir ke majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira pada Sabtu lalu.

Selain Fauziah, adik-adik Shila, Syada Amzah dan Syahir Amzah turut kelihatan. Perkongsian Fauziah menerusi Insta Story miliknya menarik perhatian ramai selepas hampir setahun mereka tidak bertemu, berikutan krisis penjualan rumah banglo milik Shila yang didiami keluarga mereka sebelum ini.

Perbalahan itu menjadi tumpuan apabila Shila mendedahkan bahawa dia juga telah dikasari oleh seorang lagi adiknya serta beberapa isu dalaman yang selama ini dirahsiakan.

Walau bagaimanapun, ramai yang menyokong Shila ketika itu kerana dia terpaksa menjadi tonggak utama keluarga.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *