Hiburan

Pelakon The Glory, Park Ji-ah Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak

Ji-ah mengalami strok dan berada dalam keadaan koma hingga menghembuskan nafas terakhir.

Pelakon drama popular The Glory, Park Ji-ah dilaporkan telah meninggal dunia akibat pendarahan di otak pada jam 2:50 pagi Isnin.

Agensinya, Billions mengumumkan bahawa kematian aktres tersebut disebabkan oleh serangan strok.

“Park Ji-ah meninggal dunia pada usia 52 tahun selepas mengalami strok iskemik iaitu pembuluh darah di otak tersumbat.

“Kami akan sentiasa mengenang semangat yang dimiliki mendiang terhadap dunia seni yang ditunjukkan sehingga akhir hayatnya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Majlis pengebumian mendiang akan diadakan di Dewan Pengebumian 2 di Pusat Perubatan Asan pada 2 Oktober, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Ji-ah berjuang melawan penyakit yang tidak didedahkan selain diserang strok dan berada dalam keadaan koma hingga akhir hayatnya.

Ji-ah memulakan kerjaya seni pada tahun 2002 menerusi filem Costal Line dan semakin mendapat perhatian setelah memegang watak ibu kepada aktres Song Hye-kyo dalam drama bersiri Netflix The Glory pada tahun 2022.

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *