Hiburan

Pelakon Veteran Mithun Chakraborty Terima Anugerah Tertinggi Bollywood

Pelakon veteran Mithun Chakraborty menerima anugerah tertinggi dalam industri filem India.

Kerajaan India telah menganugerahkan anugerah tertinggi dalam industri filem Bollywood iaitu Anugerah Dadasaheb Phalke kepada pelakon veteran Mithun Chakraborty yang berumur 74 tahun.

Pelakon itu jugamerupakan seorang ahli politik ini pernah berkhidmat sebagai ahli Rajya Sabha (Dewan Negara) di Parlimen India. Kini, beliau merupakan ahli parti pemerintah utama negara, Bharatiya Janata Party (BJP).

Chakraborty memulakan karier lakonannya pada pertengahan 1970-an dan telah memberi sumbangan yang besar kepada industri filem negara itu selama lebih empat dekad dengan berlakon dalam lebih 350 filem dalam pelbagai bahasa.

Beliau mencapai populariti pada tahun 1982 selepas membintangi filem Disco Dancer. Gerakan tariannya yang unik membuatkan beliau dikenali oleh ramai orang di negara itu.

Pelakon tersebut akan menerima anugerah itu pada majlis Anugerah Filem Kebangsaan ke-70 di New Delhi minggu depan.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *