Hiburan

Govinda Dikejarkan ke Hospital Selepas Menembak Kakinya Sendiri

Pelakon Bollywood, Govinda telah dibawa ke Hospital Criticare, Mumbai pada pagi Selasa selepas secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri.

Aktor Bollywood, Govinda dikejarkan ke Hospital Criticare, Mumbai pada pagi Selasa setelah secara tidak sengaja menembak kakinya sendiri.

Menurut pengurusnya, Shashi Sinha, Govinda telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil serta sihat.

“Govinda secara tidak sengaja telah tertembak kakinya sendiri tetapi peluru sudah dikeluarkan.

“Kejadian berlaku ketika Govinda sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Kolkata. Ketika mahu menyimpan senjata revolver di dalam almarinya, ia terlepas dari tangan dan peluru tersebut mengenai kakinya,” ujar Shashi yang turut memaklumkan Govinda mempunyai lesen senjata.

Sementara itu, dalam rakaman audio yang tular, beliau mengesahkan bahawa beliau berada dalam keadaan baik dan menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan.

“Saya ditembak tetapi peluru sudah dikeluarkan. Saya juga berterima kasih kepada doktor yang merawat. Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda,” ujarnya.

Polis dilaporkan sedang menyiasat kejadian tersebut selepas merampas senjata milik Govinda. Govinda yang merupakan salah seorang bintang Bollywood popular sejak tahun 1980-an telah membintangi lebih 160 buah filem, baik sebagai pelakon utama mahupun dalam naskhah komedi.

Selain aktif dalam dunia seni, pemilik nama sebenar Govind Arun Ahuja itu juga terlibat dalam politik dan pernah menjadi ahli parlimen.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *