Viral

Aktres Emma Maembong Umum Berpisah Dengan Muhammad Shazli

Emma dan Shazli telah melangsungkan pernikahan pada 20 Februari 2020.

Tanpa sebarang tanda atau petunjuk, aktres berdarah kacukan Emma Maembong mengesahkan bahawa dia telah bercerai secara baik dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Emma yang juga dikenali sebagai Fatimah Rohani Ismail, 32 telah pun selesai menjalani tempoh idah dan berusaha untuk tidak mendedahkan perkara ini kepada umum.

“Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah.

“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya. Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman,” katanya.

Tambah Emma, demi kesejahteraan dua putera mereka, Shariq Gabriel, 3 dan Shakil Aryan Shah, 17 bulan, dia dan bekas suaminya masih mengekalkan hubungan yang baik.

Malah, mereka berdua redha dengan ujian yang dihadapi dalam perkahwinan mereka.

“Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh. Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang.

“Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.

“Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami,” katanya.

Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *