Penyanyi terkenal, Marsha Milan Londoh mengungkapkan bahawa dia sudah merancang untuk menjalani IVF dan bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Memasuki tahun ke sembilan perkahwinan, Marsha dan pasangannya bercita-cita untuk menimang cahaya mata.
“Marsha secara dasarnya memang sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu sebab sudah sembilan tahun berkahwin, jadi keinginan itu memang ada. Tetapi seperti saya katakan, semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.“
Penyanyi lagu Jika Takdir itu tidak bersembunyi apabila ditanya sama ada dia dan suaminya merancang untuk mendapatkan cahaya mata. Marsha menyatakan bahawa dia merancang untuk menjalani IVF dan perkara ini telah dipersetujui oleh suaminya.
“Jujur saya beritahu, memang saya rancang untuk buat IVF dan suami pun setuju dengan permintaan saya. Cuma itulah, dari hari ke hari ada beberapa perkara yang saya tau suami saya tidak dapat elak.“
Sebagai maklumat tambahan, Marsha Milan Londoh dan suaminya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail telah mendirikan rumah tangga pada 31 Disember 2015.