Baru-baru ini melalui akaun Instagramnya, Nonny menyatakan bahawa fasa penceraian bukanlah perkara yang mudah bagi kedua-dua pihak terutamanya bagi anak-anak.
Nonny juga menyatakan bahawa anak-anak memerlukan kehadiran kedua-dua orang tua mereka untuk masa depan yang lebih cerah.
Pelakon dan penyanyi itu turut berpendapat bahawa golongan “orang ketiga” atau “kaki sailang” ini tidak akan pernah hilang dari dunia.
“Perempuan kaki sailang takkan pernah putus dalam dunia. Syaitan (dari jenis jin & manusia) suka benda-benda macam ini.“
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai pihak yang dimaksudkan dalam posting tersebut. Nonny juga meminta agar netizen tidak membuat andaian sendiri mengenai hantaran tersebut kerana ia ditujukan untuk manusia bukan isu negara.
Nonny Nadirah juga menyelitkan doa untuk pasangan suami isteri yang sedang menghadapi fasa penceraian.
Sedikit maklumat, Nonny Nadirah, 35 tahun adalah seorang pelakon dan penyanyi. Dia juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasi 5.