Viral

Elly Mazlein Bertegas, Tidak Akan Biarkan Diri Diperlekehkan

Elly Mazlein menegaskan, “Jangan main-main dengan saya,” kerana beliau ingin menjaga hati semua orang dan enggan mengulas isu peribadi lagi.

Sebelum ini, personaliti TV dan penyanyi Elly Mazlein telah memberi ‘amaran’ agar orang tidak merendahkan dirinya secara berlebihan sehingga menyebabkan dia dikritik dalam usaha mempertahankan diri.

Bukan sahaja dituduh ‘over’, malah Elly juga dikecam seolah-olah sengaja ingin menarik perhatian.

Bagi Elly, dia berpendapat bahawa setiap individu memiliki pandangan masing-masing dan tidak mahu mengambil peduli jika ada yang tidak senang dengan kenyataannya sebelum ini.

Ikut suka kalau ada yang anggap begitu. Yang penting saya gembira. Saya mahu sentiasa terus berkasih sayang.

Kata Elly, dia akan tetap bersuara jika ada pihak yang cuba ‘mengganggu’ dan merendahkan dirinya.

“Jangan main-main dengan saya. Samalah seperti yang saya cakap di Instagram sebelum ini. Sebenarnya saya tak mahu ulas lagi. Apa yang mahu diperkatakan saya dah ulas di IG. Boleh tengok di highlight, masih ada di situ.Kalau boleh saya mahu jaga hati semua orang walaupun ada yang lukakan hati saya. Dalam hidup saya lebih suka pilih kebahagiaan dan kegembiraan. Tak nak sebut lagi fasal itu. Selepas ini saya nak cerita perkara baik tentang kerjaya.”

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *