Hiburan

Rita Rudaini Menang Aktres Pembantu TV Popular di ABPBH ke-36

Rita Rudaini percaya bahawa membawa dua anaknya adalah penyebab rezeki di sebalik kemenangannya di ABPBH 36 dan menyatakan, “Kontroversi sedikit sebanyak membantu…”

Setelah hampir 30 tahun berkecimpung dalam dunia seni, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur atas kemenangannya sebagai Aktres Pembantu TV Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang berlangsung malam tadi.

Rita mengaku terkejut dan tidak menyangka akan memenangi anugerah itu, memandangkan semua pesaingnya dalam kategori tersebut adalah sangat hebat.

Sebenarnya bila saya tercalon Top 10 pun saya dah terkejut. Saya macam ‘masih ada orang suka ke?’. Tercalon Top 5 pula, lagilah saya pelik. Tapi saya cakap pada diri menang atau kalah itu semua adalah rezeki dan saya tetap gembira kerana masih relevan dan bakat dihargai.

Dalam pada itu, Rita juga menyatakan bahawa dia percaya kemenangannya pada malam tersebut adalah kerana rezekinya yang membawa dua anak lelakinya.

Selain itu, pelakon wanita itu juga menyebut bahawa kontroversi yang melibatkan dirinya sejak kebelakangan ini turut menjadi punca dirinya menjadi sebutan dan membantu meraih kemenangan tersebut.

“Saya rasa kemenangan saya adalah kerana rezeki saya bawa dua anak lelaki pada hari ini. Memang menggigil juga bila diumumkan sebagai pemenang. Saya rasa segala kontroversi sedikit sebanyak membantu kepada kemenangan saya. Sebenarnya saya pelik juga setiap kali muat naik status IG je meletup, jadi tajuk media.”

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *