Viral

Fattah Amin Buat Siaran Langsung TikTok, Ucap Terima Kasih kepada Peminat

“Semua perkara ini tidak dijangka, dan kita perlu menerima serta bersabar,” kata Fattah Amin.

Pelakon yang menjadi bualan hangat kebelakangan ini, Fattah Amin menarik perhatian apabila mengadakan sesi siaran langsung di TikTok.

Menurut Fattah, tujuan dia mengadakan ‘live’ tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya peminat atas sokongan yang telah diberikan.

“Saya sebenarnya sangat terharu dengan sokongan yang diberikan anda.“

Fattah juga menjawab pertanyaan mengenai keadaannya sekarang dan menyatakan bahawa dia reda dengan apa yang telah berlaku dalam rumah tangganya.

Aktor itu turut memohon agar orang ramai mendoakan anaknya Nur Fatima Aisya kerana keadaan kesihatannya tidak begitu baik.

“Apa dah jadi ini semua adalah perkara yang kita tak jangka. Jadi kena reda dan sabar dengan apa yang telah terjadi. Sekarang ini Fatima tidak sihat, dia demam jadi doakan supaya anak saya cepat sembuh. Jumaat saya sempat tengok dia sekejap, kesian dia. Saya baru ingat nak bawa dia jalan-jalan esok (Ahad) tapi tak dapat sebab dia masih tak sihat.”

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *