Hiburan

Datuk Fazley Yaakob dan Azrene Ahmad Sah Bercerai, Hubungan Kekal Baik

Fazley Yaakob dan Azrene Ahmad telah bercerai sejak beberapa bulan yang lalu.

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob telah mendedahkan bahawa mahligai perkahwinan yang dibina selama 18 tahun telah runtuh sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Fazley, beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad sah bercerai dan bekas isterinya itu telah menyelesaikan tempoh iddah beberapa bulan lalu.

“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah Fazley, 46, hubungannya dengan bekas isterinya tetap baik seperti ketika mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Malah, keempat-empat anak mereka iaitu Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14 dan Ahmad Fierudz Shah, 13 serta Alayna Selma yang berumur 7 tahun kini berada dalam penjagaan bersama.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *