Viral

Ernie Zakri Kembali Memukau di Times Square, New York!

Pengiktirafan berprestij ini diterima daripada EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia.

Untuk kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri ditampilkan di papan iklan ikonik Times Square, New York.

Pengiktirafan berprestij ini diberikan oleh EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia sekaligus mengangkat Ernie sebagai duta seni muzik Malaysia di pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” tulisnya di Instagram.

Kali pertama Ernie muncul di papan iklan tersebut adalah pada Mei tahun lalu.

Selain ditampilkan di Times Square, lagu “Masing Masing” hasil kolaborasi Ernie dan Ade Govinda terus meraih kejayaan di peringkat antarabangsa terutama di Indonesia.

Lagu ini berjaya menduduki pelbagai carta teratas di platform Spotify Indonesia, termasuk dalam senarai Top Songs dan Viral 50.

Ernie juga merupakan salah satu artis Malaysia dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi di Spotify iaitu 3.1 juta.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *