Hiburan

Parker Finn Kembali dengan Smile 2: Keseraman dan Ketegangan Menanti

Smile 2 mula ditayangkan di pawagam mulai 17 Oktober.

Filem berbudget rendah, Smile berjaya ‘memikat’ peminat genre seram ketika ditayangkan pada tahun 2022 telah mendorong pengarah dan penulis skripnya Parker Finn untuk kembali dengan Smile 2.

Walaupun filem Smile menerima sambutan, rata-rata pengkritik berpendapat naskhah tersebut tidak dikembangkan dengan sebaiknya. Mungkin mengambil maklum balas itu, Finn kali ini mengembangkan Smile 2 melalui seorang bintang pop popular, Skye Riley yang dilakonkan oleh Naomi Scott.

Secara ringkasnya, penonton dibawa menyelami kisah Riley, seorang penyanyi terkenal yang bersedia untuk membuat kemunculan semula selepas berdepan dengan trauma kematian teman lelakinya akibat kemalangan dan pengambilan dadah.

Di bawah pengawasan berterusan ibu dan pengurusnya, Elizabeth, Riley menyelinap keluar untuk membeli ubat penenang daripada Lewis Fregoli. Namun, segalanya berubah apabila Fregoli menunjukkan tingkah laku aneh sehinggalah membunuh diri di depan Riley.

Sejak itu, Riley mula dihantui oleh senyuman menakutkan. Realiti terasa seperti halusinasi dan halusinasi adalah realiti.

Tarikan utama filem ini bagi penulis adalah lakonan mantap Scott yang berjaya menterjemahkan ketakutan dengan cukup berkesan. Dari segi emosi, pergerakan badan dan nada percakapan, semuanya dilakukan dengan sangat baik.

Bagi penulis, pemilihan Scott sebagai pelakon adalah pilihan yang tepat dan dia menjadi aset terkuat dalam filem ini. Penyusunan jalan cerita lebih kompleks apabila Riley berdepan dengan masalah mental dan perjalanan filem ini akan membongkar kisah Riley secara beransur terasa berasas.

Finn juga berjaya memenuhi janjinya dengan membuatkan penonton, termasuk peminat seram yang berpengalaman tersentak dari tempat duduk mereka sekurang-kurangnya beberapa kali.

Cuma mungkin kerana masih terikut acuan filem terdahulu, ‘kejutan’ dalam Smile 2 sudah boleh diramal walaupun manipulasi syaitan terhadap realiti Riley masih menakutkan.

Jadi, apakah kesudahan kisah Riley dan adakah dia juga akan tumpas setelah cukup masanya? Saksikan jawapannya dengan menonton Smile 2.

SMILE 2

PENGARAH: Parker Finn

PELAKON: Naomi Scott, Rosemarie DeWitt, Kyle Gallner, Lukas Gage, Miles Gutierrez-Riley, Peter Jacobson, Raúl Castillo

GENRE: Seram

DURASI: 2 Jam 8 Minit

KLASIFIKASI: 18

BAHASA: Inggeris

TAYANGAN: 17 Oktober 2024

BINTANG: 3.5 / 5

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *