Hiburan

Filem “Mencari Ramlee” Ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2025

Tony Eusoff dan Datin Sofia Jane bergandingan buat kali pertama dalam filem ‘Mencari Ramlee’.

Filem “Mencari Ramlee” mencipta sejarah dengan bakal ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) pada Februari 2025. Melalui hantaran di Facebook, penganjur mengumumkan senarai 13 filem yang akan ditayangkan buat pertama kali di festival berprestij tersebut.

“Kami tidak boleh lebih teruja untuk mengumumkan tajuk pertama untuk IFFR 2025! 13 filem ini, yang dipaparkan dalam program Bright Future and Harbor, masing-masing akan ditayangkan di IFFR,” kongsinya.

Turut tersenarai adalah filem “1 Girl Infinite”, “Invisible Flame”, “Camp d’été”, “Your Touch Makes Others Invisible”, “The Night Is Dark” and “Brighter than the Day” dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pengarah Megat Sharizal Mohamed Yusoff, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila filem arahannya itu terpilih.

“Alhamdulillah. Aku bangga untuk mengumumkan bahawa filem Mencari Ramlee bakal mendapat tayangan perdananya di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam pada bulan Februari nanti.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat,” tulisnya.

Filem “Mencari Ramlee” dijayakan Datin Sofia Jane, Tony Eusoff dan Mimi Lana dengan penampilan khas Beto Kusyairy, Amerul Affendi, Bront Palarae, Sharifah Amani dan Vanidah Imran.

Filem “Mencari Ramlee” adalah sebuah karya yang mengisahkan tentang era kejatuhan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee pada tahun 1970-an yang dipersembahkan dalam bentuk fiksyen.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *