Viral

Santau: Emma Maembong Kongsi Pengalaman Tragis di Podcast

Hanya dengan sekeping gambar penuh, Emma Maembong telah menjadi mangsa santau.

Santau merupakan sejenis ilmu hitam yang dipercayai digunakan untuk mencederakan atau merosakkan kesihatan seseorang melalui cara ghaib. Amalan ini telah lama wujud dalam kepercayaan masyarakat Melayu, terutamanya di kawasan Nusantara. Ia sering dikaitkan dengan unsur khianat, di mana seseorang menggunakan bahan tertentu atau bacaan jampi untuk menghantar penyakit kepada mangsa.

Walaupun kepercayaan ini semakin berkurangan dalam dunia moden, kisah-kisah tentang santau masih menarik perhatian kerana ia berkaitan dengan kepercayaan tradisional dan mistik masyarakat. Tidak ketinggalan, artis terkenal tanah air, Emma Maembong, melalui rakaman podcast mendedahkan bahawa beliau merupakan salah satu mangsa perubatan khianat oleh individu yang tidak dikenali.

Rakaman yang disiarkan di YouTube bulan lalu kembali menjadi tular selepas dimuat naik di media sosial. Emma yang nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail memberitahu bahawa lelaki tersebut meminta untuk mendapatkan gambar penuh beliau ketika melayani peminat dalam satu pertemuan.

“Kawannya ambil gambar, dia pergi tempat lain, selepas itu aku terdengar dia kata: “Kan aku kata nak gambar ‘full'”,” katanya.

Menurutnya, rakan kepada lelaki itu datang kembali dan meminta untuk bergambar sekali lagi demi memenuhi hasrat lelaki berkenaan.

“Jadi saya kata boleh,” ujar beliau tanpa mengetahui niat sebenar lelaki berkenaan.

“Ketika itu saya di pusat karaoke bersama rakan-rakan artis yang lain. Sewaktu rakan sedang karaoke, aku buka telefon dan nampak lelaki itu tag aku dengan gambar tadi tetapi dengan caption yang panjang.

“Apabila orang tag dengan caption panjang sudah tentu kita mahu baca sebab nak tahu apa yang diceritakan sama ada baik atau buruk.

“Jadi aku baca. Aku tak sedar rupanya ia adalah mantera. Aku tak ingat apa jadi, meraung,menangis, mengilai dan ketawa.

“Aku hanya sedar apabila dipegang kawan-kawan,” katanya.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *