Hiburan

Kaka Azraff dan Adam Azriff Bercerai Talak Satu Selepas Enam Tahun Bersama

Cinta yang terjalin selama enam tahun berakhir apabila Kaka Azraff dan suaminya bercerai talak satu.

Kisah rumah tangga penyanyi Kaka Azraff dan pasangannya Adam Azriff yang telah terjalin hampir enam tahun akhirnya berakhir apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Proses pengesahan lafaz cerai berlangsung secara ekspres sekitar tengah hari, menarik perhatian ramai yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini. Menurut sumber yang enggan dikenali, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, hadir ke mahkamah seawal 9 pagi.

Walaupun memilih untuk berdiam diri, pasangan ini dilaporkan berpisah secara baik dan mencapai kata sepakat berkenaan penjagaan tiga anak mereka.

“Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam pasangan lain, tak nampak pula masalah besar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak  bersama-sama.“

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *