Hiburan

Pelakon Ebby Yus Menghadapi Masalah Kesihatan, Tidak Lagi Aktif Bekerja

Ebby Yus memberitahu ketika ini dia perlu menjalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu sebelum melakukan dialisis air di rumah. 

“Saya mohon ribuan ampun dan maaf seandainya dalam bidang seni saya ada menyinggung perasaan semua dan saya maafkan semua.

“Mana tahu anda ada terkutuk saya ketika melihat saya dalam TV,” kata pelawak dan pelakon Ebby Yus yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan tiub akibat komplikasi buah pinggang.

Sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, pelakon berusia 59 tahun ini memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya kini semakin merosot.

Sambil memberikan pesanan kepada rakan-rakan artis, Ebby Yus menambah bahawa tidak semua penonton akan menyukai lawak dan perwatakan yang dibawanya.

“Kepada rakan-rakan artis yang sihat, teruskan berjuang. Saya minta maaf kalau sepanjang kita bekerja saya ada buatkan anda semua tak senang dengan cara saya. Maafkanlah saya.

“Kepada rakan artis, kita kena kikis anggapan orang luar tentang artis. Jangan bagi ruang orang kutuk dan fitnah kita. Kalau berhadapan dengan netizen, tutuplah segala-galanya.

“Janganlah kita keluarkan aib kita, terutama ketika berdepan dengan wartawan. Simpanlah aib-aib kita semua,” katanya sugul.

Ebby Yus memberitahu ketika ini dia perlu menjalani rawatan dialisis darah buat sementara waktu sebelum melakukan dialisis air di rumah sebagaimana disarankan oleh doktor pakar.

Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, dia tidak boleh meneruskan rawatan dialisis darah di leher itu kerana mengalami masalah jantung yang sudah tidak kuat.

“Macam saya kata, saya dah bersedia apa sahaja yang berlaku pada saya.

“Doakanlah untuk saya. Sekarang ini saya hanya perlukan doa sahaja dari semua,” katanya.

Ebby yang sebelum ini menghadapi masalah jantung dan buah pinggang, menyatakan bahawa dia memerlukan rehat untuk seketika dan tidak boleh terlalu aktif bekerja lagi disebabkan oleh penyakit yang dihidapinya.

Related posts
Hiburan

BUKIT JALIL DIJANGKA SESAK, SIRI KONSERT BERLANGSUNG HINGGA 8 NOVEMBER

Pengunjung yang menuju ke Bukit Jalil antara 4 hingga 8 November 2026 disaran merancang perjalanan…
Read more
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL KUTIP RM12 JUTA, UNGGULI CARTA GSC

– Poster Astro Shaw – Filem KUDRAT 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM12…
Read more
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *