Hiburan

Kaka Azraff dan Adam Azriff Bercerai Talak Satu Selepas Enam Tahun Bersama

Cinta yang terjalin selama enam tahun berakhir apabila Kaka Azraff dan suaminya bercerai talak satu.

Kisah rumah tangga penyanyi Kaka Azraff dan pasangannya Adam Azriff yang telah terjalin hampir enam tahun akhirnya berakhir apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Proses pengesahan lafaz cerai berlangsung secara ekspres sekitar tengah hari, menarik perhatian ramai yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini. Menurut sumber yang enggan dikenali, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, hadir ke mahkamah seawal 9 pagi.

Walaupun memilih untuk berdiam diri, pasangan ini dilaporkan berpisah secara baik dan mencapai kata sepakat berkenaan penjagaan tiga anak mereka.

Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam pasangan lain, tak nampak pula masalah besar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak  bersama-sama.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *