Tempatan

ATM Sahkan Kes Buli Pelajar Kadet, Siasatan Dijalankan di ALK-UPNM

Kejadian itu melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur.

ATM dalam kenyataannya pada Rabu malam mengesahkan insiden melibatkan pelajar kadet yang dibuli oleh seniornya dengan cara menekap seterika panas di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular di media sosial.

Menurut kenyataan tersebut, kes ini sedang disiasat di peringkat ALK-UPNM.

“ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut.

“Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah,” menurut ATM.

ATM menggesa masyarakat memberi ruang kepada pihaknya untuk menyiasat perkara itu secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya.

Selain itu, masyarakat juga diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan tersebut.

“Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh jurulatih yang bertugas ketika itu yang menyedari terdapat kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Sebelum ini, negara pernah digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain yang mati akibat dibuli, dipukul dan diseksa dengan hampir keseluruhan anggotanya ditekap menggunakan seterika wap berulang kali.

Susulan kes yang berlaku pada tahun 2017 itu, enam bekas penuntut UPNM telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu setelah didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *