Hiburan

Kami Tidak Lagi Berhubung’ – Diana Danielle Minta Farid Kamil Tinggalkan Rumah

Pelakon dan penyanyi sensasi, Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya, Farid Kamil, bahawa mereka masih berhubung.

Pelakon dan penyanyi sensasi, Diana Danielle menafikan dakwaan suaminya Farid Kamil bahawa mereka masih berhubungan.

Dalam kenyataan di Instagram Stories, Diana turut meminta suaminya itu untuk keluar dari kediaman mereka.

“Kami tidak bercakap menerusi telefon semalam. Saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia (Farid) pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses penceraian.

“Saya tidak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku. Saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya… sila hormati,” katanya.

Sebelum ini, Farid memaklumkan bahawa dia dan Diana masih berhubung dan tinggal sebumbung sambil menyatakan bahawa kemelut yang berlaku antara mereka hanyalah perselisihan faham kecil.

Pada Isnin lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan hasrat untuk memfailkan penceraian buat kali kedua menerusi perkongsiannya di Instagram.

Terdahulu, Farid dan Diana telah bercerai talak satu melalui Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu, namun mereka kembali rujuk sebulan kemudian.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad yang kini berusia 11 tahun dan Nur Aurora yang berusia 9 tahun.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *