Viral

Berang Suami Kaki Judi, Wanita Nekad Bakar Suami

Kebakaran turut merebak ke dua buah rumah lain.

Seorang wanita di Alor, Nusa Tenggara Timur bertindak nekad membakar suaminya kerana marah dengan sikap lelaki itu yang gemar berjudi, lapor portal berita Tv One News semalam.

Timbalan Ketua Polis Alor, Komisioner Jamaludin menyatakan bahawa suspek dikenali sebagai HH, 35, berasa geram selepas memeriksa transaksi akaun bank suaminya.

Setelah mendapati suaminya telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk berjudi dalam talian, suspek bertindak membeli empat botol minyak petrol.

Setibanya di rumah mentuanya, dia menyimbah petrol ke atas suaminya yang sedang tidur serta di sekeliling bilik sebelum menyalakan api.

“Mangsa mengalami kesan lecur teruk hingga 80 peratus dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital tempatan,” kata Jamaludin.

Tambah Jamaludin lagi, rumah tersebut hangus terbakar sebelum api merebak ke dua rumah lain berdekatan.

“Dua buah motosikal dan sebuah kereta juga turut terbakar,” katanya.

Menurut Jamaludin, mangsa telah mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada suspek selama dua tahun dan tidak membantu membayar hutang koperasi.

Suspek kini berdepan hukuman penjara selama 12 tahun atas tindakannya.

Related posts
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
ViralUmum

RITA RUDAINI KONGSI PENGALAMAN ANAK BERDEPAN ISU BULI DI ASRAMA

Pelakon Rita Rudaini berkongsi pengalamannya berhubung isu buli selepas mendakwa anaknya pernah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *