
Penyanyi Justin Bieber dilaporkan sedang berdepan dengan tunggakan cukai hartanah kira-kira RM1.6 juta bagi kediamannya di Coachella Valley, Amerika Syarikat.
Sebahagian tunggakan tersebut dijangka perlu diselesaikan pada 12 Oktober manakala baki selebihnya perlu dijelaskan sebelum 10 April tahun hadapan.
Berbagai spekulasi telah timbul dan sumber terkini mendakwa tunggakan ini berpunca daripada kelemahan Justin, 30, dalam menguruskan kewangan. Penyanyi lagu Baby itu dikatakan sangat boros dan kurang berhemah dalam berbelanja.
“Dia membelanjakan wang dalam jumlah yang besar setiap bulan untuk perkara seperti jet peribadi, rumah dan juga sumbangan kepada gereja,” kata sumber tersebut.
Tidak mahu mengakui kesilapannya, Justin juga dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan untuk menyaman bekas pengurusnya atas tuduhan pecah amanah.
Sebagai makluman, rumah mewah Justin di Coachella itu dianggarkan bernilai RM72.6 juta.