AgamaTempatan

Mekah adalah tempat beribadah, bukan destinasi bulan madu

Trend bulan madu di Mekah dengan menunaikan umrah dilihat kurang bersesuaian kerana Baitullah merupakan tempat penyucian jiwa. Gambar kecil: Ahmad Junaidi. – Foto Sinar Harian

MEKAH: Trend menjadikan Mekah sebagai destinasi bulan madu dengan menunaikan umrah dilihat kurang sesuai, memandangkan Baitullah adalah tempat penyucian jiwa.

Menurut mutawif dari Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ahmad Junaidi Omar, keputusan itu bergantung pada niat dan tujuan individu yang ke tanah suci.

“Pada pandangan saya, pakej bulan madu sambil umrah boleh dilakukan, namun sebaiknya dielakkan. Fokus utama menunaikan umrah adalah beribadah, kerana Mekah dan Madinah adalah tempat untuk penyucian jiwa,” katanya kepada Sinar Harian semasa Program Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan.

Dengan pengalaman lapan tahun sebagai mutawif, Ahmad Junaidi menegaskan bahawa jika umrah dilakukan semata-mata mengikut trend tanpa niat mengambil keberkatan, ia tidak sesuai.

Beliau juga menekankan kepentingan pendedahan awal kepada ibadah umrah, terutama bagi golongan muda.

“Program seperti Umrah Percuma Anak Muda Jati Kelantan memberi peluang kepada generasi muda untuk mendalami ilmu agama dan menyucikan jiwa.

“Ramai orang menangguhkan umrah hingga usia lanjut. Saya berharap program ini menjadi contoh untuk membuka minda peserta agar menjadi anak muda yang hebat dan memahami agama dengan lebih mendalam,” katanya.

Related posts
Tempatan

Harga Lantai Padi Baharu Dijangka Ringankan Beban Pesawah

Pesawah di negeri Kedah berharap pengumuman harga lantai belian padi baharu minggu depan akan…
Read more
Tempatan

Laluan Ke Taman Negara Niah Terputus Akibat Banjir

Tinjauan menunjukkan air naik antara 50cm hingga dua meter di pintu masuk Gua Niah menyebabkan…
Read more
Tempatan

Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *