HiburanTempatan

“Syafiq Kyle Kongsi Detik Cemas Kemalangan: ‘Saya Sangka Itu Penghujung Hidup Saya’”

Pelakon Syafiq Kyle berkongsi pengalaman terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Pelakon Syafiq Kyle, atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, mendedahkan dirinya pernah mengalami kemalangan serius yang hampir meragut nyawa. Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke universiti.

Mengimbas kembali insiden tersebut, Syafiq berkata motor scrambler yang ditungganginya melanggar batu besar di tengah jalan, menyebabkan beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri.

“Saya kemalangan ketika berumur 20 tahun, baru sahaja menyertai Hero Remaja. Kerana itu, saya terpaksa dikecualikan daripada pertandingan. Saya hanya hadir pada malam final,” katanya.

Syafiq menceritakan bahawa motor tersebut digunakan untuk ke kelas dari rumahnya di Cheras ke UiTM Puncak Perdana. Namun, pada suatu hari, beliau tidak sempat mengelak batu besar seperti batu sungai yang berada di atas jalan.

“Saya langgar batu itu, terus terjatuh dan tak ingat apa-apa. Waktu itu saya fikir saya sudah mati,” katanya. Akibat kemalangan tersebut, Syafiq mengalami luka teruk, dan sehingga kini parut masih kelihatan di tangan dan dahinya. Helmet yang dipakainya pecah, manakala motosikalnya mengalami kerosakan total.

Beliau berkongsi pengalaman itu dalam podcast Sembang Seram yang dikendalikan Safwan Nazri.

Menurut Syafiq, ketika insiden berlaku, beliau merasa seolah-olah tiada harapan untuk hidup, tetapi bersyukur kerana akhirnya tersedar setelah namanya dipanggil oleh ibunya.

“Saya langsung tak sedar apa-apa ketika orang membantu dan membawa saya ke hospital. Dalam ambulans, saya hanya sedar sedikit, tetapi rasa seperti melalui proses kematian. Nak mengucap dua kalimah syahadah pun tak mampu.

“Di hospital, walaupun mata tertutup, saya dapat rasa ada orang di sekeliling—doktor dan jururawat sedang berusaha merawat saya. Hanya selepas mak panggil nama, barulah saya benar-benar tersedar. Alhamdulillah,” katanya.

Related posts
Hiburan

Nuha Bahrin Tidak Terguris Dengan Gurauan 'Presiden Keychain' Netizen

Nuha Bahrin menyatakan bahawa dia memahami perasaan mereka yang memiliki ketinggian pendek dan dia…
Read more
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *