Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga.

Pelawak Amir Raja Lawak yang kini sibuk menguruskan perniagaan air jagung dan ayam gorengnya, jarang muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.

Namun, selepas setahun fokus berniaga, Amir kini bersedia untuk kembali berlakon. Dia mengungkapkan keterbukaannya untuk menerima sebarang tawaran termasuk watak sebagai orang kurang upaya (OKU), mangsa dera atau buli.

Amir berkongsi perkara tersebut melalui Instagram Story dan turut menunjukkan tawaran penggambaran drama selama lapan hari yang diterimanya.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dalam masa terdekat ni kembali jadi artis kejap. Dah selesai penggambaran nanti, sambung jadi usahawan balik. Dah setahun ni tak makan nasi production. Tahun lepas memang saya fokus meniaga je, tawaran memang ada cuma saya tak ambil sebab tengah syok berniaga. Untuk tahun ini InsyaAllah saya akan mula ambil tawaran berlakon. Ada yang nak tawarkan watak sedih macam kena dera, cacat dan kena buli. Saya memang berminat nak buat.”

Related posts
Hiburan

KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL CATAT RM6.5 JUTA, TERMASUK TAYANGAN AWAL

– Foto Astro Shaw – Filem Kudrat 1968: High Council mencatat kutipan terkumpul RM6.5…
Read more
Hiburan

24 TAHUN BERKARYA, MISHA OMAR RAIKAN IDENTITI SENDIRI MENERUSI AKU & LELAKI

– Foto Astro Awani – Selepas 24 tahun dalam industri muzik, Misha Omar meraikan…
Read more
Hiburan

LEBIH 10,000 TETAMU MERIAHKAN KENDURI RAKYAT SYED SADDIQ DAN BELLA ASTILLAH DI MUAR

Majlis resepsi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah di Muar, Johor pada 25 Oktober 2026…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *